expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass>

Rabu, 19 Julai 2017

TOMATO BLENDED UNTUK RAWATAN MUKA

Assalammualaikum

Sejak dua menjak ni jerawat awak makin menjadi - jadi.
Macam dilanda tsunami.
Nak kata pemakanan awak makan benda yang sama je .
Jenuh duk fikir..

Bagi awak sebiji jerawat pun boleh menjatuhkan keyakinan awak untuk berhadapan dengan orang ramai. Inikan pula jerawat bersepah dimuka. Memang tension sangat - sangat.
So, memang banyak kali juga awak lepaskan peluang untuk menghadiri Open House dan juga Majlis Perkahwinan.
Bergambar pun nak guna camera 360..Hahahahahaha
Ada perangai macam awak tak????

So, masa awak tengh online di Facebook awak ada terbaca seorang remaja memiliki kulit cerah dan flawes tanpa menggunakan produk - produk kecantikan yang bersepah jual di luar sana.
Hanya menggunakan 2 biji buah tomato sahaja.
Tapi kena konsisten la menggunakannya. Bukannya hangat - hangat tahi ayam je. Kena rajin untuk mendapatkan hasil yang baik.
Awak pun try buat. Dah 3 hari awak duk tenyeh kat muka sebelum nak tidur
Alhamdulillah setakat ini masih rajin lagi nak menenyeh..Hehehehehe

Bahan - bahan
2 biji tomato dibasuh bersih

Cara - Cara
Blende 2 biji tomato yang dihiris 4 tanpa air
Then masukkan ke dalam bekas kiub untuk disejuk bekukan

Awak sejukkan dalam ni je. Sebab senang untuk guna 1 hari 1 kiub
Ikut kreativiti sendiri la kan mana yang mudah...


Selasa, 18 Julai 2017

AYAM BAKAR KE TUUUUU

Assalammualaikum

Ni cerita weekend lepas sebenarnya.
Tapi masih tak basi lagi nak diceritakan.
Kalau ada yang sudi baca dan komen memang terharu sangat - sangat.

Okay hari Ahad hari tu my husband nak makan ayam bakar.
So, awak pun google resepi
Memandangkan resepi google banyak renyah, awak buat resepi sendiri ja.....
Janji dapat makan .
Ayam pun bawa keluar jam 11.00 pagi masih beku dan melampau kerasnya. Nak mula masak kul berapa pun tak tau.
Awak sediakan bahan - bahan untuk perapan. Awak main campak je. Sebab resepi ikut suka hati.
Resepi ni untk 4 ketul ayam

Bahan - Bahan Perapan
1.Bawang besar 3 biji
2.Bawang putih 4 biji
3.Halia setengah inci
4.Serai 2 batang
5.Lengkuas (Awak tak letak sebab tak ada lengkuas kat rumah)
6.Garam
7.Gula
8.Rempah
9.Cili Blend (2 sudu)

Cara - Cara
1.Blender semua bahan - bahan (1-5) then gaulkan dengan ayam dan bahan - bahan (6-8)
2.Perap dalam sejam dua. (Awak peram tak sampai sejam sebab perut dah berbunyi)

Ayam yang dah diperap

Lama pula nak menunggu masaknya. Tahap kesabaran dah senipis bawang. Awak bukan boleh lapar, Kalau lapar mulalah nak jadi macam singa betina.

Sementara menunggu ayam tu masak. Awak minta tolong husband buatkan air asam yang super sedap. Tak dinafikan memang sedap air asamnya. (Awak je kekadang tu malas nak mengaku bila husband tanya)

Ini rupanya bila dah siap...
Dalam hati kenapa tak ada hangit - hangit macam kita bakar kat dapur arang tu...
Tapi bila memikirkan perut lagi menguasai segalanya pada hari tu...Awak terus je makan tanpa banyak songeh. Ni idea husband la guna oven.
Kalau ikutkan awak, awak nak masak guna pemanggang api jenama IKAN tu je....

Apa lagi jom la serbu makan.
Rasa boleh tahanlah.Hahahahaha









Isnin, 17 Julai 2017

PONDOK KECIL & LABU AIR SAYUNG

Assalammualaikum
Selamat pagi semua.
Awak kalau boleh tiap - tiap hari nak update blog.
Tapi kengkangan masa dan juga idea membuatkan awak terbantut nak update.
Kalau perasan awak selalu update beserta gambar..hihi

Okay kita berbalik kepada tajuk sebenar...
Awak nak cerita sedikit la..
Dihadapan rumah mak ayah awak ada sebuah pondok yang dibina pada bulan Ramadan 2017. Baru lagi sebenarnya. Ayah dan adik lelaki awak yang bertungkus - lumus menyiapkannya sebelum raya. Memang tak sia - sia, sebabnya ramai yang datang kerumah awak semasa raya hari tu diaorang melepak dipondok itu sahaja sambil menikmati juadah raya dan suasana kampung yang sebenar.
So, dipendekkan cerita dipondok ni la tempat kami adik - beradik untuk melepak diwaktu petang.
Kalau nak tidur pun boleh sebab siap ada kipas bagai.
Bila kami anak - beranak balik ke kampung pasti anak awak akan ajak lepak di situ.
Sebab dia akan bawa permainan masak - masak dia untuk bermain pondok - pondok. Biasalah anak perempuan kan.


Ditepi - tepi pondok tu adalah emak awak tanam pokok labu air.
Yang uniknya buah labu air tu semua berbentuk labu sayung.



Anak dara awak siap bergambar la disini.

Anak awak kalau part bergambar memang gedik sikit.







Rabu, 12 Julai 2017

SEPETEANG BERSAMA DI PANTAI ROCK @ BAN PECAH TANJUNG PIANDANG, PERAK

Assalammualaikum

Weekend tadi awak bersama suami dan anak pergi mengambil angin petang di Ban Pecah, Tanjung Piandang. Sambil melihat keindahan pantai kami makan cucur udang di gerai berdekatan dengan pantai tersebut. Anak pula dah tak sabar nak bermain pasir di tepi pantai, nasib dia tak minta untuk mandi di situ, kalau tak memang haru la..Sebabnya plan nak mengambil angin sahaja bukan nak bermandi - manda disitu.



Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini? Boleh ikuti kisahnya disini.

Dah alang - alang petang disitu kami pun tunggu matahari terbenam...
Subhanallah memang cantik sangat




Anak bukan main lagi seronoknya.. Awak biarkan je dia main pasir pantai tu.





Selfie sendiri je..sebab husband dan anak sibuk dengan pantai depa


Minta tolong anak dara awak yang snapkan..
Dah boleh diharap..heheheheh







Jumaat, 7 Julai 2017

JERUK ASAM PELAM

Assalammualaikum

Semalam awak ada interview di Ipoh.
Aduh, semua soalan awak macam teragak - agak nak jawab dari panel.
Menyesal pula tak study dulu sebelum tu.
Okay benda dah lepas, tak payah nak diingat. Lagipun awak memang dah tawar hati sebenarnya nak pergi interview tu. Just nak cari pengalaman saja.

Okay..
Untuk mengubati hati yang rasa tawar bagi sesi temuduga semalam awak pun buat lah jeruk asam pelam. Dari pelam tu buruk terbuang tak ada siapa yang nak makan. Awak buat jeruk asam pelam ada juga yang akan makan nanti. Terutamanya anak awak. Belum siap lagi dia dh minta nak makan. Haru betul.

Mil awak cakap pelam ni namanya pelam Apple India..


Dah siap dipotong - potong
Sakit betil tangan sebabnya biji dalamnya dah keras.


Dapat dua balang kecil
satu balang rezeki untuk rakan - rakan pejabat pagi ni.

P/S : Tengahari boleh makan sambil tengok movie....




Rabu, 5 Julai 2017

WORDLESS WEDNESDAY ~~FEELING HAWAI~~

Assalammualaikum

Selamat Petang


P/S : Doakan awak berjaya dalam interview esok..Rasa nervous pula....

Selasa, 4 Julai 2017

~~DUIT RAYA VS YOUTUBE~~

Assalammualaikum

Budak - budak zaman sekarang kalau tak pegang handphone pintar memang tak sah.
Kemana - mana sahaja pasti ibu bapa akan berikan kepada anak - anak supaya mereka boleh senyap dalam apa jua situasi. Termasuklah awak, bukan senang ibu bapa seperti awak nak membuat pantauan terperinci tentang apa jua yang telah mereka terokai melalui internet.

Anak awak sekarang ni baru berumur 5 tahun.
Rasanya dia lagi expert menggunakan telefon pintar berbanding dengan awak.
Walaupun dah bermacam - macam jenis kartun yang awak download, tapi tetap juga nak online youtube.


Anak awak kalau dah tengok youtube, memang kusyuk sangat - sangat, Alangkah bagusnya kalau dia kusyuk macam ni dalam pembelajaran..Pasti ibu bapa akan rasa gembira bukan kepalang.
Duit raya rakan - rakan & sanak saudara bagi kat anak awak pun dia buat tak kisah. Macam tak teruja langsung macam zaman - zaman kita dahulu. Dapat seringgit pun bukan main gembira lagi.
Diaorang ni akan lebih teruja dengan yotube je.

P/S : Diaorang tak tahu dengan duit raya depa tu boleh topup data awak ....hehehehehe


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails