Monday, June 5, 2017

~~~SAMBAL IKAN SEPAT~~~

Assalammualaikum

Rasa cepat sangat masa berlalu.
Hari ini adalah  hari yang ke-10 umat islam menunaikan ibadah puasa.

Sepat masak cabai a.k.a Sambal ikan sepat

Menu berbuka semalam. Dah lama juga tak makan ikan sepat ni. Walaupun duduk kampung tapi kitaorang susah juga nak dapat makan ikan ni setiap hari. Tunggu musim menuai padi atau air kering baru ikan ni banyak. 
Ini pun kawan adik pergi menangkoi. So, adik awak pun beli dengan kawan dia tu. mahal juga rasanya. 1 kg RM 25.00
Tapi memang puas hatilah dapat makan ikan ni..

Murtabak Pisang Emas

Semalam juga mak awak buatkan murtabak pisang emas untuk tambahan berbuka.
Sebelum ni mak awak ada juga buat murtabak nangka madu. Buat sendiri memang puas hatilah.

P/S : Dah tak tahu nak masak apa untuk berbuka hari ini.???


No comments:

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...